Prinsip asas Takaful adalah bantuan bersama di mana semua peserta mengumpulkan sumbangan mereka ke dalam Dana Tabarru` untuk membayar tuntutan, termasuk pembayaran tuntutan perubatan.
Disebabkan peningkatan kos penjagaan kesihatan dan inflasi perubatan yang mengakibatkan peningkatan kepada tuntutan bagi portfolio perubatan, PruBSN melaksanakan Semakan Semula Perubatan ini untuk memastikan Dana Tabarru` terus mencukupi untuk menampung tuntutan pada masa hadapan untuk pelanggan kami. Kami akan sentiasa menilai kesan terhadap kos penjagaan kesihatan dan inflasi perubatan dan mungkin akan menjalankan semakan semula ini pada setiap tahun untuk memastikan kemampanan Dana Tabarru` yang berterusan.
Hubungi kami di 03-2742 4060 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di customer@prubsn.com.my