Semakan Pelan Perubatan

Lihat semua

Mengapakah sumbangan dan Tabarru` saya disemak semula?

Untuk memastikan anda sentiasa mendapat perlindungan yang sewajarnya, adalah menjadi tanggungjawab kami, sebagai Pengendali Takaful anda untuk sentiasa menyemak pelan perubatan kami berdasarkan kos rawatan semasa. Ini juga penting bagi memastikan ketahanan Dana Tabarru` untuk jangka masa panjang. Prinsip asas Takaful adalah untuk saling bantu membantu di mana sebahagian daripada sumbangan para peserta dimasukkan ke dalam Dana Tabarru` untuk membayar tuntutan, termasuk pembayaran tuntutan perubatan. Seperti yang anda sedia maklum, kos rawatan telah meningkat secara konsisten disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor‑faktor ini termasuklah kenaikan caj hospital dan doktor, kemajuan teknologi rawatan dan ubat‑ubatan serta permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan rawatan yang lebih baik. Setelah meneliti faktor‑faktor yang berkaitan di atas, PruBSN melaksanakan semakan ini bagi memastikan perlindungan perubatan jangka panjang anda berada apabila anda memerlukannya. Anda akan diberitahu dengan sewajarnya jika ada semakan pada masa hadapan juga.
Baca lagi

Apakah bukti kos perubatan telah meningkat?

Kadar Trend Perubatan Global Aon 2019 telah melaporkan bahawa kadar inflasi perubatan di Malaysia adalah 15.3% pada tahun 2018 dan telah meningkat kepada 16.0% pada tahun 2019. Ini berbanding dengan kadar inflasi umum 2 - 3% dalam tempoh yang sama.
Baca lagi

Bukankah kadar Tabarru` dan sumbangan untuk pelan perubatan saya dijamin?

Kadar Tabarru` dan sumbangan pelan perubatan adalah tidak dijamin, seperti yang tertera dalam bahan-bahan produk dan ilustrasi jualan kami, serta dalam sijil dokumen anda. Kedua-duanya boleh disemak semula dengan memberi notis awal kepada pelanggan (mengikut tempoh notis yang dinyatakan dalam sijil dokumen).
Baca lagi

Takaful 101

Lihat semua

Apakah itu Takaful dan bagaimanakah ia berfungsi?

Takaful bermaksud suatu persetujuan yang berdasarkan kepada pertolongan bersama di mana peserta-peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang ke dalam suatu dana yang akan memberi manfaat kewangan yang akan dibayar kepada peserta-peserta Takaful atau kepada waris mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang telah dipersetujui terlebih dahulu. Takaful adalah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan Syariah yang melarang ketidakpastian (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba). Perkataan Takaful berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk menjamin, untuk membantu atau untuk menjaga keperluan sesama insan. Setiap peserta yang dilindungi menyumbang atas dasar Tabarru` (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu semasa diperlukan.
Baca lagi

Apakah yang dilindungi oleh Takaful Perubatan dan Kesihatan?

Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHT) direka untuk membayar balik kos rawatan perubatan swasta, yang boleh menjadi sangat mahal, terutamanya dengan kemasukan ke hospital dan pembedahan. Terdapat pelbagai jenis pelan perubatan yang terdapat di pasaran, seperti pelan kemasukan hospital dan pembedahan atau pelan penyakit kritikal: Pelan kemasukan hospital dan pembedahan Takaful umumnya meliputi Bilik dan Penginapan Hospital, yuran makmal, penggunaan kemudahan khas, penjagaan pesakit, dan ubat-ubatan dan bekalan tertentu. Pelan penyakit kritikal adalah perlindungan yang membayar sekaligus kepada orang yang dilindungi sekiranya anda dihadapi dengan salah satu penyakit kritikal yang disenaraikan dalam sijil. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.prubsn.com.my untuk senarai pelan perubatan kami. Anda juga boleh menghubungi Perunding Takaful atau wakil Bank/PruBSN anda. Mereka boleh membantu anda membuat perancangan yang sesuai untuk memenuhi keperluan dan kemampuan anda.
Baca lagi

Apakah SmartSaver300 atau Ko‑Takaful?

SmartSaver300 adalah amaun tetap yang anda perlu bayar dulu tanpa mengira jumlah kos manfaat yang layak (tidak termasuk kos Bilik dan Penginapan Hospital). Bagi SmartSaver300, anda perlu membayar RM300 pertama daripada jumlah kos manfaat yang layak (tidak termasuk kos Bilik dan Penginapan Hospital). Baki manfaat yang layak akan dibayar oleh Dana Tabarru` hingga had tahunan dan sepanjang hayat, tertakluk pada Caj‑caj Lazim dan Munasabah.   Ko‑Takaful adalah amaun tetap yang anda perlu bayar dulu tanpa mengira jumlah kos manfaat yang layak (tidak termasuk kos Bilik dan Penginapan Hospital). Anda perlu bayar amaun Ko‑Takaful sebanyak 10% (tertakluk pada amaun minimum dan maksimum Ko‑Takaful) daripada jumlah kos manfaat yang layak (tidak termasuk kos Bilik dan Penginapan Hospital). Baki manfaat yang layak akan dibayar oleh Dana Tabarru` hingga had tahunan dan sepanjang hayat, tertakluk pada Caj‑caj Lazim dan Munasabah.   Sila rujuk sijil dokumen anda untuk maklumat terperinci.
Baca lagi

Tidak jumpa jawapan yang dicari?

Hubungi kami di 03-2053 7080 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di customer@prubsn.com.my