Kembali

Apakah itu Takaful dan bagaimanakah ia berfungsi?

Takaful bermaksud suatu persetujuan yang berdasarkan kepada pertolongan bersama di mana peserta-peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang ke dalam suatu dana yang akan memberi manfaat kewangan yang akan dibayar kepada peserta-peserta Takaful atau kepada waris mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang telah dipersetujui terlebih dahulu. Takaful adalah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan Syariah yang melarang ketidakpastian (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba). Perkataan Takaful berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk menjamin, untuk membantu atau untuk menjaga keperluan sesama insan. Setiap peserta yang dilindungi menyumbang atas dasar Tabarru` (sumbangan) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu semasa diperlukan.
Baca lagi

Apakah yang dilindungi oleh Takaful Perubatan dan Kesihatan?

Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHT) direka untuk membayar balik kos rawatan perubatan swasta, yang boleh menjadi sangat mahal, terutamanya dengan kemasukan ke hospital dan pembedahan. Terdapat pelbagai jenis pelan perubatan yang terdapat di pasaran, seperti pelan kemasukan hospital dan pembedahan atau pelan penyakit kritikal: Pelan kemasukan hospital dan pembedahan Takaful umumnya meliputi Bilik dan Penginapan Hospital, yuran makmal, penggunaan kemudahan khas, penjagaan pesakit, dan ubat-ubatan dan bekalan tertentu. Pelan penyakit kritikal adalah perlindungan yang membayar sekaligus kepada orang yang dilindungi sekiranya anda dihadapi dengan salah satu penyakit kritikal yang disenaraikan dalam sijil. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.prubsn.com.my untuk senarai pelan perubatan kami. Anda juga boleh menghubungi Perunding Takaful atau wakil Bank/PruBSN anda. Mereka boleh membantu anda membuat perancangan yang sesuai untuk memenuhi keperluan dan kemampuan anda.
Baca lagi

Sekiranya saya dimasukkan ke hospital, apakah yang perlu saya lakukan?

Apa yang berlaku apabila anda memerlukan rawatan di hospital? Adakah anda tahu bagaimana untuk mengguna sijil PruBSN anda apabila anda berada dalam keadaan sedemikian? Jangan risau, kami di sisi anda. Hospital Alliance Services (HAS) kami adalah perkhidmatan tambahan untuk memudahkan tuntutan Takaful untuk peserta sijil perubatan kami, tanpa caj tambahan. Berikut adalah cara ia berfungsi: Quick Guide Hospital Admission Discharge
Baca lagi

Apakah Jadual 2?

Jadual 2 yang anda terima mengandungi butiran semakan dan jadual potongan Tabarru` yang diunjurkan. Ia menjadi sebahagian daripada Sijil yang ada pada tarikh berkuat kuasa seperti yang dinyatakan dan menggantikan peruntukan dalam jadual yang sedia ada. Adalah penting bagi anda untuk ambil perhatian bahawa jika unjuran Sijil anda berkaitan dengan peruntukan-peruntukan dalam Jadual 2 adalah berbeza-beza selepas tarikh Jadual 2. Namun demikian, sebelum tarikh ulang tahun sijil, peruntukan dalam Jadual 2 baru ini tidak akan terpakai.
Baca lagi

Apakah SmartSaver300 atau Ko‑Takaful?

SmartSaver300 adalah amaun tetap yang anda perlu bayar dulu tanpa mengira jumlah kos manfaat yang layak (tidak termasuk kos Bilik dan Penginapan Hospital). Bagi SmartSaver300, anda perlu membayar RM300 pertama daripada jumlah kos manfaat yang layak (tidak termasuk kos Bilik dan Penginapan Hospital). Baki manfaat yang layak akan dibayar oleh Dana Tabarru` hingga had tahunan dan sepanjang hayat, tertakluk pada Caj‑caj Lazim dan Munasabah.   Ko‑Takaful adalah amaun tetap yang anda perlu bayar dulu tanpa mengira jumlah kos manfaat yang layak (tidak termasuk kos Bilik dan Penginapan Hospital). Anda perlu bayar amaun Ko‑Takaful sebanyak 10% (tertakluk pada amaun minimum dan maksimum Ko‑Takaful) daripada jumlah kos manfaat yang layak (tidak termasuk kos Bilik dan Penginapan Hospital). Baki manfaat yang layak akan dibayar oleh Dana Tabarru` hingga had tahunan dan sepanjang hayat, tertakluk pada Caj‑caj Lazim dan Munasabah.   Sila rujuk sijil dokumen anda untuk maklumat terperinci.
Baca lagi

Berapa kerap saya harus menyemak semula sijil saya? Dan mengapa?

Kami menggalakkan anda untuk membuat semakan ke atas perlindungan Takaful anda sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini adalah kerana semasa anda melalui perjalanan dalam hidup, keperluan dan keutamaan anda mungkin berubah dari semasa ke semasa dan dengan kos rawatan kesihatan mengatasi kadar inflasi secara konsisten, semuanya adalah penting bagi memastikan bahawa anda sentiasa dilindungi secukupnya.
Baca lagi

Tidak jumpa jawapan yang dicari?

Hubungi kami di 03-2053 7080 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di customer@prubsn.com.my