Setiap tahun, kami menilai tahap tuntutan portfolio perubatan kami dalam menjalankan amanah kami untuk menguruskan Dana Tabarru`. Peningkatan dalam kos dan keperluan pelan perubatan adalah sebab utama terjadinya peningkatan dalam jumlah tuntutan. Penilaian tahunan ini adalah perlu untuk memastikan kemampanan Dana Tabarru` yang berterusan untuk membayar keperluan perubatan anda.
Sebagai sebahagian daripada komitmen kami kepada anda, kami sentiasa bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan dan pihak berkepentingan yang lain dalam usaha untuk mengawal kos perubatan dengan lebih berkesan. Kos perubatan, bagaimanapun, telah meningkat lebih cepat daripada yang dijangkakan dan telah memberi kesan kepada kemampanan Dana Tabarru` untuk jangka panjang. Kami menilai keperluan untuk membuat pelarasan secara berkala dan disebabkan ini, terdapat keperluan untuk kami menyemak semula potongan Tabarru` bagi pelan perubatan anda sekali lagi pada tahun ini.
Hubungi kami di 03-2742 4060 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di customer@prubsn.com.my