Sumbangan tambahan / sumbangan tambahan berkala adalah perlu untuk menampung peningkatan potongan Tabarru` pelan perubatan anda. Dengan peningkatan potongan Tabarru`, lebih banyak unit / jumlah yang lebih tinggi akan ditolak daripada nilai akaun sijil anda. Anda dinasihatkan untuk membayar sumbangan tambahan / sumbangan tambahan berkala untuk menikmati perlindungan perubatan yang berterusan.
Kesan jika tidak membayar sumbangan tambahan / sumbangan tambahan berkala yang disyorkan selepas Semakan Semula Perubatan: Ada kemungkinan bahawa sijil anda luput lebih awal daripada jangkaan. Apabila sijil luput, perlindungan anda akan terhenti. Jika anda memutuskan untuk menguatkuasakan semula sijil atau menyertai pelan perubatan yang baharu, anda akan tertakluk kepada perakuan kesihatan atau mungkin perlu untuk dinilai / diunderait semula. Ini mungkin menyebabkan anda perlu membayar sumbangan yang lebih tinggi dan tertakluk kepada terma dan syarat lain seperti tempoh menunggu.
Hubungi kami di 03-2742 4060 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di customer@prubsn.com.my