Anda boleh menyemak pelan perubatan anda untuk menjadikannya lebih selaras dengan kemampuan kewangan anda. Senarai di bawah adalah beberapa pilihan yang anda boleh pertimbangkan:
Pilihan | Butiran |
Pilihan Pembayaran Bersama | Kurangkan jumlah sumbangan anda dengan bertukar kepada pilihan pembayaran bersama yang lain (seperti SmartSaver300 atau SmartSaver1000), sekiranya terpakai kepada pelan perubatan anda. |
Pelan Perlindungan Lebih Rendah | Semak semula pelan bilik & penginapan (R&B) ke pelan R&B yang lebih rendah (jika berkenaan). Pastikan ia masih memenuhi keperluan perlindungan perubatan anda. |
Bertukar Pelan (jika ada) | Pertimbangkan untuk bertukar kepada pelan perubatan terkini yang tersedia di bawah sijil yang sama untuk perlindungan yang lebih komprehensif. |
Menyemak Semula Manfaat Semasa | Nilaikan manfaat-manfaat sijil anda mengikut keperluan perlindungan semasa dan bersesuaian dengan kemampuan anda. Ambil maklum bahawa sebarang perubahan akan memberi kesan kepada perlindungan anda. |
Menukar Tempoh Perlindungan Sasaran (untuk sijil Berkaitan Pelaburan sahaja) | Pendekkan tempoh perlindungan sasaran agar sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda. Ambil perhatian bahawa perubahan ini boleh menjejaskan keupayaan sijil untuk mengekalkan potongan Tabarru` sehingga umur tamat tempoh yang dipilih. |
Nota Penting: Sila hubungi ejen perkhidmatan anda atau wakil Bank / PruBSN untuk membincangkan pilihan ini dengan teliti dan memastikan pilihan tersebut sesuai dengan keperluan perlindungan dan kewangan anda.
Hubungi kami di 03-2742 4060 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di customer@prubsn.com.my