Kembali
Jawapan

Kadar kenaikan sumbangan dan potongan Tabarru` adalah tidak tetap bagi semua sijil kerana ia berbeza bergantung kepada syarat-syarat sijil sedia ada, jenis pelan perubatan, umur, jantina, jenis pekerjaan orang yang dilindungi dan lain-lain.

Lihat soalan lain

Mengapakah sumbangan dan / atau potongan Tabarru` saya disemak semula?

Prinsip asas Takaful adalah bantuan bersama di mana semua peserta mengumpulkan sumbangan mereka ke dalam Dana Tabarru` untuk membayar tuntutan, termasuk pembayaran tuntutan perubatan.
Baca lagi

Sumbangan dan / atau potongan Tabarru` untuk pelan perubatan saya baru sahaja disemak semula tahun lepas. Mengapakah ia disemak semula lagi pada tahun ini?

Setiap tahun, kami menilai tahap tuntutan portfolio perubatan kami dalam menjalankan amanah kami untuk menguruskan Dana Tabarru`. Peningkatan dalam kos dan keperluan pelan perubatan adalah sebab utama terjadinya peningkatan dalam jumlah tuntutan. Penilaian tahunan ini adalah perlu untuk memastikan kemampanan Dana Tabarru` yang berterusan untuk membayar keperluan perubatan anda.
Baca lagi

Apakah perbezaan antara sumbangan dan potongan Tabarru`?

Sumbangan adalah amaun yang anda bayar untuk manfaat asas dan manfaat tambahan (jika ada) sijil anda.
Baca lagi

Mengapakah saya perlu membayar sumbangan tambahan / sumbangan tambahan berkala yang disyorkan?

Sumbangan tambahan / sumbangan tambahan berkala adalah perlu untuk menampung peningkatan potongan Tabarru` pelan perubatan anda. Dengan peningkatan potongan Tabarru`, lebih banyak unit / jumlah yang lebih tinggi akan ditolak daripada nilai akaun sijil anda. Anda dinasihatkan untuk membayar sumbangan tambahan / sumbangan tambahan berkala untuk menikmati perlindungan perubatan yang berterusan.
Baca lagi

Saya tidak pernah membuat sebarang tuntutan. Mengapakah sumbangan dan / atau potongan Tabarru` saya disemak semula?

Takaful adalah berdasarkan konsep bantuan bersama dalam kalangan peserta. Potongan Tabarru` dikumpulkan untuk membayar tuntutan pada masa hadapan. Semakan ke atas potongan Tabarru` diperlukan untuk memastikan kemampanan Dana Tabarru` berikutan daripada peningkatan kos penjagaan kesihatan, yang akan dikongsi bersama di kalangan para peserta Dana Tabarru` dan akan digunapakai ke atas semua sijil dengan pelan perubatan yang serupa tanpa mengira sejarah tuntutan individu.
Baca lagi

Adakah sumbangan dan potongan Tabarru` untuk pelan perubatan saya dijamin?

Sumbangan dan potongan Tabarru` untuk pelan perubatan kami adalah tidak dijamin, seperti yang dinyatakan dalam dokumen-dokumen produk, illustrasi produk, dan dokumen sijil. Kami boleh menyemak semula sumbangan dan potongan Tabarru` dengan syarat notis diberikan terlebih dahulu kepada para peserta (mengikut tempoh notis yang dinyatakan dalam dokumen sijil).
Baca lagi

Adakah terdapat sebarang perubahan kepada manfaat perlindungan saya selepas Semakan Semula Perubatan?

Selain daripada semakan semula seperti yang dinyatakan di atas, perlindungan manfaat Contributor yang dilampirkan pada sijil akan turut meningkat, bagi menampung peningkatan sumbangan. Semua perlindungan dan manfaat lain di bawah sijil akan kekal tidak berubah.
Baca lagi

Adakah terdapat peningkatan dalam nilai akaun sijil saya kerana saya membayar lebih banyak sumbangan?

Kesan ke atas nilai akaun sijil adalah minimum kerana sumbangan tambahan tersebut akan digunakan untuk menampung kenaikan potongan Tabarru`.
Baca lagi

Bagaimanakah perlindungan tambahan untuk “sebarang penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin di sisi undang-undang” yang telah saya terima sebelum ini memberi kesan terhadap semakan semula sumbangan dan potongan Tabarru` saya?

Seperti yang dimaklumkan semasa penerimaan anda untuk tidak mengambil kira klausa pengecualian tersebut, kami akan mengambil kira perlindungan tambahan ini apabila kami menjalankan semakan kadar sumbangan dan jumlah potongan Tabarru`. Berkuat kuasa 1 Januari 2025, potongan Tabarru` akan dicaj secara berasingan di antara sijil yang mengandungi dan tidak mengandungi perlindungan tambahan untuk memastikan keadilan kepada semua peserta Dana Tabarru`.
Baca lagi

Adakah semakan perubatan ini didorong oleh keperluan pengawalselia?

Semakan Semula Perubatan ditadbir di bawah pendekatan berstruktur dan objektif untuk memastikan kemampanan Dana Tabarru` yang berterusan supaya pelanggan terus dilindungi ketika diperlukan. Ini adalah keputusan komersial yang dilaksanakan oleh PruBSN setelah mengambil kira pengalaman tuntutan semasa dan kenaikan kos perubatan yang dijangka pada masa hadapan.
Baca lagi

Apakah pilihan yang tersedia untuk saya selain meningkatkan sumbangan saya?

Anda boleh menyemak pelan perubatan anda untuk menjadikannya lebih selaras dengan kemampuan kewangan anda. Senarai di bawah adalah beberapa pilihan yang anda boleh pertimbangkan
Baca lagi

Sekiranya pelan perubatan bilik & penginapan (R&B) sedia ada saya adalah Pelan 200, adakah saya boleh menukar pelan tersebut untuk membayar sumbangan yang lebih rendah?

Ya, anda boleh menukar Pelan 200 sedia ada anda ke pelan R&B yang lebih rendah (jika ada), untuk memenuhi keperluan perlindungan dan kewangan anda.
Baca lagi

Sekiranya pelan perubatan sedia ada saya adalah pelan R&B yang terendah (sebagai contoh Pelan 100 atau Pelan 150, bergantung kepada pelan perubatan tersebut), apakah pilihan yang ada untuk saya?

Jika pelan sedia ada anda ialah pelan Perlindungan Penuh atau Zero Deduktibel, anda boleh mempertimbangkan untuk menyemak semula pelan perubatan anda kepada pilihan pembayaran bersama yang lain seperti pelan Ko-Takaful, SmartSaver atau Deduktibel (jika berkenaan).
Baca lagi

Saya telah menyertai beberapa pelan Takaful, mengapakah saya menerima surat pemberitahuan saya pada tarikh yang berbeza?

Semakan sumbangan dan / atau potongan Tabarru` berkuat kuasa pada tarikh ulang tahun sijil. Surat pemberitahuan disediakan sekurang-kurangnya tiga puluh (30) / sembilan puluh (90) hari sebelum tarikh ulang tahun sijil, bergantung kepada jenis pelan perubatan.
Baca lagi

Lihat kategori lain

Kesan kepada Sijil & Manfaat

Lihat semua

Takaful 101

Lihat semua

Did not find the answers you were looking for?

Hubungi kami di 03-2742 4060 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di customer@prubsn.com.my