Tiada perubahan ke atas sumbangan sijil. Hanya potongan Tabarru` yang akan disemak semula. Walau bagaimanapun, dengan peningkatan potongan Tabarru`, ada kemungkinan bahawa nilai akaun sijil anda tidak mencukupi untuk membayar potongan Tabarru` pada tahun-tahun akan datang. Anda digalakkan untuk melakukan sumbangan tambahan (top-up) secara berkala berdasarkan jumlah yang disyorkan dalam surat pemberitahuan supaya potongan Tabarru` dapat dipenuhi dalam jangka masa panjang.
Hubungi kami di 03-2742 4060 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di customer@prubsn.com.my