Manfaat perubatan dan manfaat Contributor adalah dua manfaat yang berbeza dengan perlindungan yang berbeza. Apabila sijil di bawah status Contributor, ini bermaksud manfaat Contributor telah dituntut yang mana sumbangan sijil anda yang seterusnya (secara keseluruhan atau sebahagian) akan dibayar oleh Dana Tabarru` berdasarkan sumbangan sebelum Semakan Perubatan. Jumlah sumbangan yang dibiayai oleh manfaat Contributor yang dituntut adalah berdasarkan jumlah yang dipersetujui yang dinyatakan dalam Dokumen Sijil sebelum Semakan Perubatan. Apabila Semakan Perubatan berkuat kuasa, sumbangan manfaat perubatan anda dan / atau potongan Tabarru` akan meningkat, jadi, akan ada kekurangan antara amaun di bawah manfaat Contributor dan potongan Tabarru` yang meningkat disebabkan oleh Semakan Perubatan. Oleh itu, jumlah potongan Tabarru` tambahan masih diperlukan. Anda digalakkan untuk melakukan sumbangan tambahan (top-up) secara berkala berdasarkan jumlah yang disyorkan dalam surat pemberitahuan untuk memastikan terdapat jumlah yang mencukupi untuk menampung peningkatan potongan Tabarru`.
Hubungi kami di 03-2742 4060 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di customer@prubsn.com.my