Jika anda memilih untuk tidak membayar sumbangan tambahan atau tidak melakukan top-up kepada sijil anda selepas Semakan Perubatan ini, ada kemungkinan bahawa sijil anda akan luput lebih awal daripada yang dijangkakan. Setelah sijil anda luput, perlindungan akan terhenti sewajarnya. Sekiranya anda memutuskan untuk mengaktifkan semula sijil atau menyertai pelan perubatan baharu, anda akan tertakluk kepada pengisytiharan kesihatan atau mungkin perlu dinilai / diunderait semula. Ini mungkin memerlukan anda membayar sumbangan yang lebih tinggi dan tertakluk kepada terma dan syarat lain seperti tempoh menunggu.
Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk membayar sumbangan tambahan secara tetap berdasarkan jumlah yang disyorkan dalam surat pemberitahuan supaya potongan Tabarru` dapat dipenuhi dalam jangka masa panjang dan memastikan perlindungan Takaful yang berterusan.
Hubungi kami di 03-2742 4060 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di customer@prubsn.com.my