Kembali
Jawapan

Manfaat Contributor adalah manfaat pilihan di mana sumbangan masa depan sijil anda (dalam semua atau bahagian) akan dibayar oleh Dana Tabarru` apabila mana-mana peristiwa yang boleh dituntut yang ditakrifkan dalam dokumen sijil anda berlaku.

Lihat soalan lain

Adakah manfaat Contributor saya terkesan dengan semakan perubatan ini?

Apabila sumbangan bagi manfaat perubatan meningkat disebabkan oleh Semakan Perubatan, manfaat-manfaat Contributor (jika berkenaan) juga akan meningkat. Sumbangan dan / atau potongan Tabarru` tambahan bagi manfaat Contributor tersebut diperlukan.
Baca lagi

Adakah terdapat sebarang perubahan pada sumbangan bagi sijil-sijil di bawah status Contributor?

Tiada perubahan ke atas sumbangan sijil. Hanya potongan Tabarru` yang akan disemak semula. Walau bagaimanapun, dengan peningkatan potongan Tabarru`, ada kemungkinan bahawa nilai akaun sijil anda tidak mencukupi untuk membayar potongan Tabarru` pada tahun-tahun akan datang. Anda digalakkan untuk melakukan sumbangan tambahan (top-up) secara berkala berdasarkan jumlah yang disyorkan dalam surat pemberitahuan supaya potongan Tabarru` dapat dipenuhi dalam jangka masa panjang.
Baca lagi

Sekiranya sijil tersebut berstatus Contributor, bilakah potongan Tabarru` akan dinaikkan?

Bagi sijil di bawah status Contributor, potongan Tabarru` akan dinaikkan berkuat kuasa pada tarikh ulang tahun sijil.
Baca lagi

Mengapakah pelan perubatan saya masih tertakluk kepada semakan sumbangan sedangkan sijil saya sudah di bawah status Contributor? Bukankah sumbangan yang telah dibayar oleh Dana Tabarru`?

Manfaat perubatan dan manfaat Contributor adalah dua manfaat yang berbeza dengan perlindungan yang berbeza. Apabila sijil di bawah status Contributor, ini bermaksud manfaat Contributor telah dituntut yang mana sumbangan sijil anda yang seterusnya (secara keseluruhan atau sebahagian) akan dibayar oleh Dana Tabarru` berdasarkan sumbangan sebelum Semakan Perubatan. Jumlah sumbangan yang dibiayai oleh manfaat Contributor yang dituntut adalah berdasarkan jumlah yang dipersetujui yang dinyatakan dalam Dokumen Sijil sebelum Semakan Perubatan. Apabila Semakan Perubatan berkuat kuasa, sumbangan manfaat perubatan anda dan / atau potongan Tabarru` akan meningkat, jadi, akan ada kekurangan antara amaun di bawah manfaat Contributor dan potongan Tabarru` yang meningkat disebabkan oleh Semakan Perubatan. Oleh itu, jumlah potongan Tabarru` tambahan masih diperlukan. Anda digalakkan untuk melakukan sumbangan tambahan (top-up) secara berkala berdasarkan jumlah yang disyorkan dalam surat pemberitahuan untuk memastikan terdapat jumlah yang mencukupi untuk menampung peningkatan potongan Tabarru`.
Baca lagi

Bagaimana jika saya tidak mahu membayar sumbangan tambahan (top-up) secara berkala yang disyorkan?

Jika anda memilih untuk tidak membayar sumbangan tambahan atau tidak melakukan top-up kepada sijil anda selepas Semakan Perubatan ini, ada kemungkinan bahawa sijil anda akan luput lebih awal daripada yang dijangkakan. Setelah sijil anda luput, perlindungan akan terhenti sewajarnya. Sekiranya anda memutuskan untuk mengaktifkan semula sijil atau menyertai pelan perubatan baharu, anda akan tertakluk kepada pengisytiharan kesihatan atau mungkin perlu dinilai / diunderait semula. Ini mungkin memerlukan anda membayar sumbangan yang lebih tinggi dan tertakluk kepada terma dan syarat lain seperti tempoh menunggu.
Baca lagi

Bagaimanakah Semakan Perubatan ini akan menjejaskan pengaturan pembayaran semasa saya?

Baca lagi

Sekiranya sijil saya sedang diproses untuk tuntutan kecil iaitu kemasukan ke hospital, bilakah kenaikan sumbangan dan / atau potongan Tabarru` akan berkuat kuasa?

Bagi sijil-sijil di bawah tuntutan kecil, potongan sumbangan dan / atau Tabarru` bagi pelan perubatan masih akan meningkat. Potongan sumbangan dan Tabarru` akan meningkat bermula tarikh ulang tahun sijil, namun, jika anda membayar sumbangan secara pendahuluan, sumbangan akan meningkat dari Tarikh Akhir Sumbangan Seterusnya (NCDD) dan seterusnya.
Baca lagi

Sekiranya saya telah membayar sumbangan secara pendahuluan, adakah saya perlu membayar perbezaan sumbangan?

Anda tidak perlu membayar perbezaan sumbangan sehingga Tarikh Akhir Sumbangan Seterusnya (NCDD) dan anda dikehendaki membayar sumbangan baharu seperti yang dinyatakan dalam surat pemberitahuan daripada NCDD dan seterusnya.
Baca lagi

Sekiranya saya telah melengkapkan semua pembayaran sumbangan di bawah sijil, adakah saya perlu membayar sumbangan tambahan disebabkan Semakan Perubatan?

Sekiranya anda telah menyelesaikan semua pembayaran sumbangan bagi sijil, anda digalakkan untuk membayar sumbangan tambahan (top-up) secara berkala seperti yang disyorkan dalam surat pemberitahuan supaya potongan Tabarru` yang meningkat dapat dilindungi dalam jangka masa panjang.
Baca lagi

Bolehkah saya menyemak manfaat sijil sedia ada saya?

Ya, anda boleh menyemak manfaat sijil anda dengan menghubungi ejen perkhidmatan anda atau wakil Bank / PruBSN dan membuat perubahan kepada sijil anda yang menepati keperluan perlindungan dan kewangan anda.
Baca lagi

Bolehkah saya menyemak semula sumbangan sijil saya?

Ya, anda boleh menyemak sumbangan sijil anda dengan ejen perkhidmatan anda atau wakil Bank / PruBSN dan membuat perubahan kepada perlindungan berdasarkan keperluan kewangan dan perlindungan anda. Walau bagaimanapun, kami ingin menekankan bahawa untuk sijil berkaitan pelaburan, sebarang perubahan pada sumbangan akan memberi kesan kepada kemampanan sijil.
Baca lagi

Lihat kategori lain

Semakan Semula Perubatan

Lihat semua

Takaful 101

Lihat semua

Did not find the answers you were looking for?

Hubungi kami di 03-2742 4060 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di customer@prubsn.com.my