Setiap tahun, kami membuat penilaian ke atas portfolio perubatan kami untuk selaras dengan kos penjagaan kesihatan semasa supaya kami dapat memastikan perlindungan berterusan kepada anda dan orang tersayang anda. Walau bagaimanapun, inflasi perubatan dan penggunaan tuntutan yang sentiasa meningkat telah memberikan kesan negatif kepada kemampanan portfolio perubatan untuk jangka panjang.
Oleh itu, kami perlu menyemak semula caj insurans dan / atau kadar premium pelan perubatan anda tahun ini. Ini adalah untuk memastikan perlindungan perubatan jangka panjang anda kekal andal dan tersedia apabila anda memerlukannya.
Hubungi kami di 03-2771 2450 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di shareyourfeedback@prudential.com.my