Terdapat pelbagai pilihan yang mungkin sesuai dengan situasi spesifik anda. Berikut adalah antara pilihan yang anda boleh mempertimbangkan dalam penilaian semula perlindungan polisi dan kemampuan peribadi semasa anda: –
Pilihan | Butiran |
Penukaran ke pelan deduktibel atau Med Saver Plan | Anda boleh mengurangkan premium anda dengan menukarkannya ke pelan deduktibel atau Med Saver Plan (jika berkenaan). |
Menilai semula dan mengurangkan manfaat semasa | Anda boleh menilai semula dan mengurangkan manfaat bersesuaian dengan keperluan anda, tertakluk pada terma dan syarat polisi. Namun, anda diperingatkan bahawa sebarang perubahan kepada liputan perlindungan akan memberi impak kepada perlindungan anda. |
Penukaran kekerapan pembayaran premium | Anda boleh mempertimbangkan untuk menukar kekerapan pembayaran premium anda untuk mengurangkan komitmen kewangan sekaligus (jika berkenaan). |
Membeli pelan perubatan baharu | Anda mempunyai pilihan untuk membeli pelan perubatan baharu yang ditawarkan oleh Prudential, tertakluk kepada pengunderaitan. |
Jika anda ingin menilai semula perlindungan semasa anda atau mempertimbangkan pilihan di atas yang mungkin memenuhi keperluan perlindungan dan kewangan anda dengan lebih baik, sila hubungi Perancang Kekayaan Prudential anda atau Wakil Bank.
Hubungi kami di 03-2771 2450 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di shareyourfeedback@prudential.com.my