Kembali

Mengapakah caj insurans dan / atau premium saya disemak semula?

Untuk memastikan anda sentiasa diberi perlindungan secukupnya, Prudential kerap menyemak semula pelan perubatan kami berbanding kos penjagaan kesihatan semasa. Disebabkan peningkatan kos penjagaan kesihatan dan inflasi perubatan yang mengakibatkan kenaikan jumlah tuntutan untuk portfolio perubatan, Prudential mungkin membuat semakan semula ini setiap tahun, jika perlu untuk membantu memastikan perlindungan perubatan jangka panjang anda akan tersedia apabila anda memerlukannya.
Baca lagi

Mengapakah saya perlu membayar premium tambahan / tokokan yang disyorkan?

Premium tambahan/tokokan diperlukan untuk membiayai caj insurans yang meningkat. Dengan peningkatan caj insurans, lebih banyak unit akan ditolak daripada nilai akaun polisi anda untuk membayar caj insurans yang lebih tinggi. Jika anda terus membayar jumlah premium yang sama selepas tarikh kuat kuasa premium baharu atau tidak menambah nilai polisi anda selepas semakan ini, ada kemungkinan kemampanan polisi anda mungkin terjejas dan polisi mungkin luput lebih awal daripada jangkaan. Bagi polisi Universal Life, Jaminan Tanpa Luput (NLG) akan terjejas jika pelanggan terus membayar jumlah premium yang sama selepas tarikh kuat kuasa premium baharu.
Baca lagi

Saya tidak pernah membuat sebarang tuntutan. Mengapakah caj insurans dan / atau premium saya disemak semula?

Cara insurans berfungsi dan dikira adalah dengan mengumpulkan dan mengagihkan risiko di kalangan semua individu yang diinsuranskan dalam portfolio. Begitu juga dengan insurans kesihatan / perubatan. Apabila anda membeli insurans kesihatan, anda menyertai sekumpulan pelanggan yang memiliki ciri-ciri risiko yang serupa (seperti kumpulan umur, jenis pelan, jantina dan lain-lain). Kami (syarikat insurans) menyediakan perlindungan secara berkumpulan dan bukan secara individu. Begitu juga, apabila kami menyemak semula portfolio perubatan kami, ia dibuat secara menyeluruh.
Baca lagi

Adakah kadar peningkatan premium / caj insurans ditetapkan untuk semua polisi?

Kadar peningkatan premium dan caj insurans tidak ditetapkan untuk semua polisi kerana ia berbeza daripada faktor-faktor seperti umur, jantina dan jenis pelan perubatan.
Baca lagi

Adakah manfaat akan berubah mengikuti penyemakan semula ini atas caj insurans dan / atau premium?

Semua perlindungan dan manfaat kekal sama.
Baca lagi

Adakah terdapat kesan terhadap nilai akaun polisi berkaitan pelaburan saya kerana saya akan membayar premium yang lebih tinggi?

Impak terhadap nilai keseluruhan akaun polisi dijangka minima kerana premium tambahan akan diguna untuk membiayai peningkatan caj insurans.
Baca lagi

Saya mempunyai beberapa polisi. Mengapakah saya menerima surat pemberitahuan semakan pada tarikh yang berbeza?

Penilaian semula premium dan caj insurans berkuatkuasa mulai tarikh ulang tahun polisi. Pelanggan akan menerima surat pemberitahuan semakan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh ulang tahun polisi, bergantung pada jenis pelan perubatan.
Baca lagi

Dengan penyemakan semula ini, apakah pilihan yang tersedia ada untuk saya?

Terdapat pelbagai pilihan yang mungkin sesuai dengan situasi spesifik anda. Berikut adalah antara pilihan yang anda boleh mempertimbangkan dalam penilaian semula perlindungan polisi dan kemampuan peribadi semasa anda
Baca lagi

Apakah maksud Deduktibel atau Med Saver?

Deduktibel atau Med Saver merupakan jumlah tetap yang anda bayar daripada poket anda untuk perbelanjaan perubatan sebelum pelan perubatan anda mula membayar. Dalam kes amaun RM300 Deduktibel atau Med Saver, anda perlu membayar jumlah tetap sebanyak RM300 daripada jumlah perbelanjaan yang dilindungi di bawah polisi anda sekiranya hilang upaya (tidak termasuk kos bilik & penginapan harian). Baki-baki manfaat yang layak akan dibayar oleh Prudential sehingga capai had tahunan, dan had seumur hidup tertakluk kepada caj yang munasabah dan lazim. Sila rujuk dokumen polisi anda untuk butiran lanjut.
Baca lagi

Apakah inisiatif yang diambil oleh Prudential untuk mengurus kos tuntuntan?

Kami sentiasa berkerjasama dengan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan kami untuk mengekalkan penjagaan berkualiti tinggi dengan kadar pilihan. Kami juga mengadakan perbincangan berterusan dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) untuk menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Baca lagi

Pada tahun lepas caj insurans dan / atau kadar premium untuk pelan perubatan saya telah dinaikkan. Mengapakah caj insurans dan / atau kadar premium tersebut disemak semula lagi pada tahun ini?

Setiap tahun, kami membuat penilaian ke atas portfolio perubatan kami untuk selaras dengan kos penjagaan kesihatan semasa supaya kami dapat memastikan perlindungan berterusan kepada anda dan orang tersayang anda. Walau bagaimanapun, inflasi perubatan dan penggunaan tuntutan yang sentiasa meningkat telah memberikan kesan negatif kepada kemampanan portfolio perubatan untuk jangka panjang.
Baca lagi

Did not find the answers you were looking for?

Hubungi kami di 03-2771 2450 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di shareyourfeedback@prudential.com.my