Kembali
Jawapan

Anda dikehendaki membayar premium yang disemak semula untuk menikmati perlindungan jangka panjang. Sekiranya premium tidak dibayar dan polisi anda telah memperolehi nilai serahan, premium akan dilindungi secara automatik di bawah skim Pinjaman Premium Automatik, dengan faedah dikenakan. Anda akan terus menikmati manfaat sehingga nilai serahan habis sepenuhnya.

Lihat soalan lain

Apakah itu rider pelepasan premium?

Rider pelepasan premium adalah rider pilihan di mana premium polisi masa hadapan anda (sepenuhnya atau sebahagian) akan mendapat pelepasan daripada Prudential jika berlaku apa-apa kejadian yang boleh dituntut seperti yang dinyatakan dalam dokumen polisi anda.
Baca lagi

Adakah rider pelepasan premium saya terkesan oleh penyemakan semula ini?

Premium rider perubatan adalah tidak dijamin dan oleh itu tidak dilindungi oleh rider pelepasan premium. Penyemakan semula ini tidak membawa perubahan kepada rider pelepasan premium.
Baca lagi

Adakah terdapat sebarang perubahan pada premium untuk polisi dalam status pelepasan premium?

Sekiranya terdapat tuntutan pelepasan premium pada polisi anda, Prudential akan membiayai sebahagian daripada premium tahunan. Premium rider perubatan akan disemak semula disebabkan premium rider perubatan adalah tidak dijamin dan tidak dilindungi oleh rider pelepasan premium. Anda dikehendaki untuk terus membayar bahagian premium yang tidak dibiayai oleh kami untuk memastikan perlindungan insurans yang berterusan.
Baca lagi

Bagaimanakah penyemakan semula ini akan menjejaskan pilihan pembayaran semasa saya?

Tiada perubahan pada aturan pembayaran semasa anda dan premium baharu akan ditolak pada tarikh semakan baharu.
Baca lagi

Jika polisi saya sedang dalam proses tuntutan kecil (Kemalangan, Rawatan Hospital, manfaat Peringkat Kehidupan), bilakah premium akan meningkat?

Untuk polisi di bawah tuntutan kecil, premium untuk pelan perubatan masih akan meningkat. Premium akan meningkat berkuatkuasa tarikh premium perlu dibayar berikutnya.
Baca lagi

Jika saya telah membayar premium melalui skim premium pendahuluan berdiskaun, adakah saya perlu membayar perbezaan premium?

Untuk polisi di bawah skim premium pendahuluan berdiskaun, anda perlu membayar perbezaan premium selepas penyemakan semula. Anda akan menerima surat pemberitahuan daripada kami yang memperincikan butir-butir premium tambahan yang anda perlu tokokkan. Sila bayar tokokan premium tambahan yang diperlukan untuk memastikan skim premium pendahuluan diskaun anda kekal terpakai dan untuk terus menikmati perlindungan polisi anda sehingga polisi matang.
Baca lagi

Lihat kategori lain

Semakan Pelan Perubatan

Lihat semua

Kesan Terhadap Polisi & Bayaran

(Polisi Berkaitan Pelaburan Dan Universal Life)
Lihat semua

Did not find the answers you were looking for?

Hubungi kami di 03-2771 2450 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di shareyourfeedback@prudential.com.my