Kembali
Jawapan

Kami menggalakkan anda membuat tokokan (PRUSaver) berkala, walaupun tidak wajib. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kemampanan polisi insurans anda mungkin akan terjejas dan polisi anda mungkin akan luput lebih awal daripada tarikh yang dijangka.

Lihat soalan lain

Apakah itu Payor rider?

Payor rider ialah pelan pilihan yang dilampirkan dengan polisi utama anda. Premium polisi masa hadapan anda (secara kesuluruhan atau sebahagian) akan dibayar oleh Prudential jika berlaku apa-apa kejadian yang boleh dituntut seperti yang dinyatakan dalam dokumen polisi anda.
Baca lagi

Adakah Payor rider saya terkesan dengan semakan semula ini?

Perlindungan Payor (jika terpakai) akan meningkat dengan sepadan dan caj insurans tambahan akan ditolak daripada nilai akaun anda. Premium Payor untuk polisi Universal Life juga akan meningkat dan peningkatan premium akan dikreditkan dari tahun premium pertama dan seterusnya.
Baca lagi

Jika polisi saya di bawah status payor, adakah premium saya akan berubah?

Untuk Polisi Berkaitan Pelaburan: Untuk polisi di bawah Payor status, premium polisi tidak akan berubah. Hanya caj insurans yang akan disemak semula. Namun, dengan peningkatan caj insurans, premium tahunan anda yang dibiayai (sepenuhnya atau separa) oleh Prudential mungkin tidak mencukupi untuk menampung caj insurans tambahan pada tahun-tahun yang berikutnya. Oleh itu, anda digalakkan untuk membuat tokokan (PRUSaver) berkala berdasarkan amaun yang disyorkan surat pemberitahuan semakan untuk menampung caj insurans tambahan. Kami menasihati anda untuk merujuk kepada Perancang Kekayaan Prudential anda atau Wakil Bank untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Baca lagi

Apa itu Jaminan Tanpa Luput (NLG)?

Jaminan Tanpa Luput (NLG) adalah ciri produk polisi Universal Life. NLG bermakna polisi anda tidak akan luput walaupun nilai akaun polisi anda mencecah kurang dari sifar selagi anda membayar semua premium yang dikenakan.
Baca lagi

Mengapakah caj insurans untuk pelan perubatan saya masih tertakluk kepada semakan apabila polisi saya sudah berada di bawah status Payor? Bukankah premium telah dibayar oleh Prudential?

Rider perubatan dan Payor rider adalah dua rider berbeza yang memberikan perlindungan yang berlainan. Apabila polisi berada di bawah status Payor, Payor rider telah dituntut. Perlindungan perubatan masih efektif dan tertakluk kepada caj insurans baharu, tetapi premium akan dikekalkan.
Baca lagi

Jika polisi di bawah status Payor, bila caj insurans akan meningkat?

Bagi polisi di bawah status Payor, caj insurans akan meningkat bermula dari tarikh ulang tahun polisi, tetapi premium akan kekal.
Baca lagi

Bagaimanakah penyemakan semula ini akan menjejas pilihan pembayaran semasa saya?

Tiada perubahan pada aturan pembayaran semasa anda dan premium baharu akan ditolak pada tarikh semakan baharu.
Baca lagi

Jika polisi saya sedang dalam proses tuntutan kecil (Kemalangan, Rawatan Hospital, manfaat Peringkat Kehidupan), bilakah caj insurans dan premium akan meningkat?

Untuk polisi di bawah tuntutan kecil, caj insurans dan / atau premium untuk pelan perubatan masih akan meningkat. Caj insurans akan meningkat mulai ulang tahun polisi berikutnya manakala premium akan meningkat dari tarikh kuat kuasa yang dinyatakan dalam surat pemberitahuan semakan.
Baca lagi

Jika saya telah membayar premium terlebih dahulu, adakah saya perlu membayar perbezaan premium?

Anda tidak perlu membayar perbezaan premium. Namun, caj insurans akan meningkat. Anda perlu semak semula kemampanan polisi dari semasa ke semasa untuk mengelakkan polisi luput. Kami menasihati anda untuk merujuk kepada penyata tahunan anda dan berbincang dengan Perancang Kekayaan Prudential anda atau Wakil Bank untuk menyemak kemampanan polisi anda bagi memastikan kesinambungan perlindungan anda.
Baca lagi

Lihat kategori lain

Semakan Pelan Perubatan

Lihat semua

Kesan Terhadap Polisi & Bayaran

(Polisi Bukan Berkaitan Pelaburan)
Lihat semua

Did not find the answers you were looking for?

Hubungi kami di 03-2771 2450 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di shareyourfeedback@prudential.com.my