Semakan Pelan Perubatan

Lihat semua

Mengapakah caj insurans dan / atau premium saya disemak semula?

Untuk memastikan anda sentiasa diberi perlindungan secukupnya, Prudential kerap menyemak semula pelan perubatan kami berbanding kos penjagaan kesihatan semasa. Disebabkan peningkatan kos penjagaan kesihatan dan inflasi perubatan yang mengakibatkan kenaikan jumlah tuntutan untuk portfolio perubatan, Prudential mungkin membuat semakan semula ini setiap tahun, jika perlu untuk membantu memastikan perlindungan perubatan jangka panjang anda akan tersedia apabila anda memerlukannya.
Baca lagi

Mengapakah saya perlu membayar premium tambahan / tokokan yang disyorkan?

Premium tambahan/tokokan diperlukan untuk membiayai caj insurans yang meningkat. Dengan peningkatan caj insurans, lebih banyak unit akan ditolak daripada nilai akaun polisi anda untuk membayar caj insurans yang lebih tinggi. Jika anda terus membayar jumlah premium yang sama selepas tarikh kuat kuasa premium baharu atau tidak menambah nilai polisi anda selepas semakan ini, ada kemungkinan kemampanan polisi anda mungkin terjejas dan polisi mungkin luput lebih awal daripada jangkaan. Bagi polisi Universal Life, Jaminan Tanpa Luput (NLG) akan terjejas jika pelanggan terus membayar jumlah premium yang sama selepas tarikh kuat kuasa premium baharu.
Baca lagi

Saya tidak pernah membuat sebarang tuntutan. Mengapakah caj insurans dan / atau premium saya disemak semula?

Cara insurans berfungsi dan dikira adalah dengan mengumpulkan dan mengagihkan risiko di kalangan semua individu yang diinsuranskan dalam portfolio. Begitu juga dengan insurans kesihatan / perubatan. Apabila anda membeli insurans kesihatan, anda menyertai sekumpulan pelanggan yang memiliki ciri-ciri risiko yang serupa (seperti kumpulan umur, jenis pelan, jantina dan lain-lain). Kami (syarikat insurans) menyediakan perlindungan secara berkumpulan dan bukan secara individu. Begitu juga, apabila kami menyemak semula portfolio perubatan kami, ia dibuat secara menyeluruh.
Baca lagi

Did not find the answers you were looking for?

Hubungi kami di 03-2771 2450 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di shareyourfeedback@prudential.com.my