Untuk Polisi Berkaitan Pelaburan
Untuk polisi di bawah Payor status, premium polisi tidak akan berubah. Hanya caj insurans yang akan disemak semula. Namun, dengan peningkatan caj insurans, premium tahunan anda yang dibiayai (sepenuhnya atau separa) oleh Prudential mungkin tidak mencukupi untuk menampung caj insurans tambahan pada tahun-tahun yang berikutnya. Oleh itu, anda digalakkan untuk membuat tokokan (PRUSaver) berkala berdasarkan amaun yang disyorkan surat pemberitahuan semakan untuk menampung caj insurans tambahan. Kami menasihati anda untuk merujuk kepada Perancang Kekayaan Prudential anda atau Wakil Bank untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Untuk Polisi Universal Life
Untuk polisi di bawah Payor status, premium polisi tidak akan berubah. Hanya caj insurans yang akan disemak semula. Namun dengan penyelarasan ini, caj insurans yang lebin tinggi akan ditolak daripada nilai akaun polisi anda. Polisi anda akan kekal berkuatkuasa sekiranya semua premium dibayar dan Jaminan Tanpa Luput kekal aktif. Sila merujuk kepada penyata tahunan anda untuk kemampanan polisi anda.
Hubungi kami di 03-2771 2450 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di shareyourfeedback@prudential.com.my