Kembali
Jawapan

Kesan pada nilai akaun sijil berkaitan pelaburan adalah minimum kerana sumbangan tambahan akan diperuntukkan untuk menampung peningkatan Tabarru`.

Lihat soalan lain

Mengapakah sumbangan dan Tabarru` saya disemak semula?

Untuk memastikan anda sentiasa mendapat perlindungan yang sewajarnya, adalah menjadi tanggungjawab kami, sebagai Pengendali Takaful anda untuk sentiasa menyemak pelan perubatan kami berdasarkan kos rawatan semasa. Ini juga penting bagi memastikan ketahanan Dana Tabarru` untuk jangka masa panjang. Prinsip asas Takaful adalah untuk saling bantu membantu di mana sebahagian daripada sumbangan para peserta dimasukkan ke dalam Dana Tabarru` untuk membayar tuntutan, termasuk pembayaran tuntutan perubatan. Seperti yang anda sedia maklum, kos rawatan telah meningkat secara konsisten disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor‑faktor ini termasuklah kenaikan caj hospital dan doktor, kemajuan teknologi rawatan dan ubat‑ubatan serta permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan rawatan yang lebih baik. Setelah meneliti faktor‑faktor yang berkaitan di atas, PruBSN melaksanakan semakan ini bagi memastikan perlindungan perubatan jangka panjang anda berada apabila anda memerlukannya. Anda akan diberitahu dengan sewajarnya jika ada semakan pada masa hadapan juga.
Baca lagi

Apakah bukti kos perubatan telah meningkat?

Kadar Trend Perubatan Global Aon 2019 telah melaporkan bahawa kadar inflasi perubatan di Malaysia adalah 15.3% pada tahun 2018 dan telah meningkat kepada 16.0% pada tahun 2019. Ini berbanding dengan kadar inflasi umum 2 - 3% dalam tempoh yang sama.
Baca lagi

Apakah perbezaan antara sumbangan dan potongan Tabarru`?

Sumbangan adalah amaun yang anda bayar untuk manfaat asas dan tambahan (jika ada) di bawah sijil anda. Bagi sijil takaful yang berkaitan pelaburan, sumbangan yang anda bayar digunakan untuk membeli unit-unit di dana berkaitan pelaburan di mana bakinya digunakan untuk membayar potong Wakalah pendahuluan bagi komisen Perunding Takaful anda dan perbelanjaan pengagihan yang berkaitan. Potongan Tabarru` adalah pengaturan di mana sebahagian daripada sumbangan anda yang diperuntukkan dalam dana berkaitan pelaburan akan dipotong dan dikumpulkan ke dalam dana Tabarru` bagi tujuan bantu membantu mengikut manfaat yang dipersetujui mengikut pelan tersebut. Secara amnya, amaun potongan Tabarru` akan meningkat apabila anda semakin tua.
Baca lagi

Mengapakah saya perlu membayar penambahan sumbangan yang dinyatakan atau sumbangan tambahan berkala yang digalakkan?

Penambahan sumbangan / Sumbangan tambahan berkala adalah perlu untuk menampung potongan tabarru` yang meningkat. Oleh kerana kenaikan ini, lebih banyak unit akan ditolak dari nilai akaun sijil anda. Sekiranya anda memilih untuk terus membayar sumbangan yang sama selepas tarikh sumbangan baru berkuatkuasa atau tidak membuat tambahan ke atas nilai akaun sijil anda selepas semakan ini, sijil anda mungkin akan luput lebih awal daripada yang dijangkakan.
Baca lagi

Saya tidak pernah membuat sebarang tuntutan. Mengapakah sumbangan dan potongan Tabarru` saya disemak semula?

Takaful adalah berdasarkan konsep perkongsian bersama antara peserta-peserta. Potongan Tabarru` dikumpulkan untuk membayar tuntutan perubatan. Untuk memastikan kemampanan perlindungan jangka panjang anda, semakan ke atas potongan Tabarru` adalah diperlukan dan akan dilaksanakan pada semua sijil dengan pelan perubatan yang sama tanpa mengira sejarah tuntutan.
Baca lagi

Bukankah kadar Tabarru` dan sumbangan untuk pelan perubatan saya dijamin?

Kadar Tabarru` dan sumbangan pelan perubatan adalah tidak dijamin, seperti yang tertera dalam bahan-bahan produk dan ilustrasi jualan kami, serta dalam sijil dokumen anda. Kedua-duanya boleh disemak semula dengan memberi notis awal kepada pelanggan (mengikut tempoh notis yang dinyatakan dalam sijil dokumen).
Baca lagi

Adakah kadar kenaikan sumbangan dan potongan Tabarru` tetap bagi semua sijil?

Kadar kenaikan sumbangan dan potongan Tabarru` adalah tidak tetap bagi semua sijil kerana ia berbeza mengikut syarat sijil sedia ada, jenis pelan perubatan, umur orang yang dilindungi, jantina, kelas pekerjaan, dll.
Baca lagi

Adakah terdapat sebarang perubahan pada perlindungan/manfaat sijil saya dengan semakan sumbangan / potongan tabarru` ini?

Amaun perlindungan bagi rider Contributor akan meningkat bagi membiayai amaum sumbangan baru. Manfaat-manfaat yang lain kekal sedia ada.
Baca lagi

Saya mempunyai beberapa sijil. Mengapakah saya menerima surat saya pada tarikh yang berbeza?

Semakan sumbangan dan potongan Tabarru` berkuat kuasa dari tarikh ulang tahun sijil. Pelanggan akan menerima surat mereka sekurang-kurangnya 30 atau 90 hari sebelum tarikh ulang tahun sijil mereka, bergantung kepada jenis pelan perubatan dan syarat sijil.
Baca lagi

Apakah pilihan lain yang saya ada selain daripada sumbangan saya meningkat?

Terdapat pelbagai pilihan yang mungkin boleh dibuat kepada perlindungan dan keperluan kewangan semasa anda. Senarai di bawah adalah pilihan yang anda mungkin boleh pertimbangkan untuk menyemak semula perlindungan dan kemampuan anda: Pilihan-pilihan Butiran Menukar ke pelan Ko-Takaful atau SmartSaver300 Jika pelan semasa anda adalah Perlindungan Penuh, anda boleh mengurangkan sumbangan anda dengan menukar ke pelan Ko-Takaful atau SmartSaver300 Menyemak semula manfaat semasa Anda boleh mengambil peluang untuk menyemak semula manfaat-manfaat sijil anda mengikut keperluan perlindungan dan kemampuan anda. Tetapi, kami ingin mengingatkan anda bahawa sebarang perubahan kepada manfaat anda akan mempengaruhi perlindungan anda. Jika anda ingin menyemak semula perlindungan semasa atau mempertimbangkan pilihan lain yang akan memenuhi keperluan perlindungan dan kewangan anda, sila menghubungi Perunding Takaful atau wakil Bank/PruBSN.
Baca lagi

Adakah semakan semula perubatan ini diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)?

Semakan semula perubatan ini adalah keputusan komersil yang dilaksanakan oleh PruBSN.
Baca lagi

Lihat kategori lain

Impak kepada Sijil & Rider

Lihat semua

Takaful 101

Lihat semua

Tidak jumpa jawapan yang dicari?

Hubungi kami di 03-2053 7080 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di customer@prubsn.com.my