Kembali
Jawapan

Kadar inflasi kos perubatan di Malaysia telah meningkat sebanyak 10% – 15% secara purata setiap tahun berbanding dengan kadar inflasi umum 2 – 3% dalam tempoh yang sama.

Sumber data:
Aon 2019 Global Medical Trend Rates Report
Willis Towers Watson 2020 Global Medical Trends Survey Report

Lihat soalan lain

Mengapakah caj insurans dan/atau premium saya disemak semula?

Untuk memastikan anda sentiasa diberi perlindungan secukupnya, Prudential membuat penilaian semula secara berkala ke atas pelan perubatan kami berbanding kos penjagaan kesihatan semasa. Seperti yang diketahui, kos penjagaan kesihatan telah meningkat secara konsisten disebabkan pelbagai faktor. Antaranya termasuk peningkatan caj hospital dan doktor, kemajuan dalam rawatan perubatan dan ubat, serta peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih baik. Setelah mempertimbangkan faktor-faktor relevan di atas, Prudential membuat semakan semula ini untuk membantu memastikan ketersediaan perlindungan perubatan jangka panjang apabila anda memerlukannya. Anda akan dimaklumkan jika penyemakan semula turut diperlukan pada masa hadapan.
Baca lagi

Apakah perbezaan antara premium dan caj insurans?

Premium ialah amaun yang anda bayar kepada Prudential atas perlindungan insurans yang ditawarkan. Untuk polisi insurans berkaitan pelaburan, sebahagian atau semua premium yang dibayar digunakan untuk membeli unit dana berkaitan pelaburan manakala selebihnya digunakan untuk membayar caj pendahuluan perbelanjaan insurans dan kos agihan terus. Caj insurans pula dipotong setiap bulan daripada nilai dana berkaitan pelaburan untuk membayar perlindungan insurans. Pada umumnya, caj insurans akan meningkat mengikut umur.
Baca lagi

Mengapakah saya perlu membayar premium tambahan/tokokan yang disyorkan?

Premium tambahan/tokokan diperlukan untuk membiayai caj insurans yang meningkat. Dengan peningkatan caj insurans, lebih banyak unit akan di potong daripada nilai akaun polisi anda untuk membayar caj insurans yang lebih tinggi. Jika anda membayar amaun premium yang sama selepas tarikh berkuat kuasa premium baharu atau tidak membuat tokokan nilai polisi selepas penyemakan semula ini, polisi anda mungkin luput lebih awal daripada yang dijangkakan.
Baca lagi

Saya tidak pernah membuat sebarang tuntutan. Mengapakah caj insurans dan/atau premium saya dinilai semula?

Cara insurans berfungsi dan dikira adalah dengan pengumpulan dan pengagihan risiko dalam kalangan individu yang diinsuranskan dalam portfolio. Begitu juga dengan insurans kesihatan/perubatan. Dengan pembelian insurans kesihatan, anda menyertai sekumpulan pelanggan yang memiliki ciri-ciri risiko yang sama (seperti kumpulan umur, jenis pelan, jantina dan lain-lain.) Kami (syarikat insurans) menyediakan perlindungan secara berkumpulan dan bukan secara individu. Penyemakan semula ke atas portfolio perubatan kami juga dibuat secara keseluruhan.
Baca lagi

Bukankah caj insurans dan kadar premium pelan perubatan saya terjamin?

Caj insurans dan kadar premium pelan perubatan kami tidak terjamin, seperti yang ditunjukkan dalam bahan produk dan ilustrasi produk, serta polisinya. Semua ini boleh disemak semula jika pelanggan diberi notis awal (mengikut tempoh notis yang dinyatakan dalam dokumen polisi).
Baca lagi

Adakah kadar peningkatan premium/caj insurans ditetapkan untuk semua polisi?

Kadar peningkatan premium dan caj insurans tidak ditetapkan untuk semua polisi kerana ia berbeza daripada faktor-faktor seperti umur, jantina dan jenis pelan perubatan.
Baca lagi

Adakah nilai akaun polisi berkaitan pelaburan saya turut meningkat memandangkan saya membayar lebih premium?

Impak terhadap nilai keseluruhan akaun polisi berkaitan pelaburan seharusnya minima kerana premium tambahan digunakan untuk membiayai peningkatan caj insurans.
Baca lagi

Adakah manfaat akan berubah berikutan penyemakan semula ini dalam caj insurans dan/atau premium?

Perlindungan Payor akan meningkat untuk menampung premium baharu. Semua manfaat lain akan kekal sama.
Baca lagi

Saya mempunyai beberapa polisi. Mengapakah saya menerima surat pada tarikh yang berbeza?

Penilaian semula premium dan caj insurans berkuatkuasa mulai tarikh ulang tahun polisi. Pelanggan akan menerima surat sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh ulang tahun polisi, bergantung pada jenis pelan perubatan.
Baca lagi

Adakah penyemakan semula premium perubatan dan caj insurans diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)?

Ini adalah keputusan komersil oleh Prudential.
Baca lagi

Dengan penyemakan semula ini, apakah pilihan yang tersedia ada untuk saya?

Terdapat pelbagai pilihan yang mungkin sesuai dengan situasi spesifik anda. Berikut adalah antara pilihan yang anda boleh mempertimbangkan dalam penilaian semula perlindungan polisi dan kemampuan peribadi semasa anda
Baca lagi

Lihat kategori lain

Kesan Terhadap Polisi & Bayaran

Lihat semua

Insurans 101

Lihat semua

Tidak jumpa jawapan yang dicari?

Hubungi kami di 03-2771 2450 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di customer.mys@prudential.com.my