Kembali
Jawapan

Daripada pembayaran bulanan premium, anda mendapat perlindungan kewangan jangka panjang, iaitu syarikat insurans akan membayar sebahagian daripada perbelanjaan perubatan jika anda dimasukkan ke hospital atau sejumlah wang kepada orang kesayangan anda jika berlaku kematian dan hilang upaya kekal.

Terdapat dua jenis insurans, iaitu insurans hayat dan insurans am yang melindungi pelbagai aspek kehidupan anda.

Lihat soalan lain

Apakah perlindungan yang terdapat dalam insurans perubatan dan kesihatan?

Insurans Perubatan dan Kesihatan (IPK) disediakan untuk membayar balik kos rawatan perubatan peribadi yang boleh menjadi sangat mahal, terutamanya rawatan hospital dan pembedahan. Terdapat pelbagai jenis pelan perubatan yang tersedia di pasaran, seperti pelan hospitalisasi dan pelan pembedahan atau pelan penyakit kritikal: – Pelan insurans hospitalisasi dan pembedahan pada umumnya melindungi bilik dan penginapan hospital, fi makmal, penggunaan kemudahan khas, penjagaan jururawat, serta ubat dan bekalan tertentu. Pelan penyakit kritikal pada lazimnya melibatkan pembayaran tunai sekaligus oleh syarikat insurans kepada pemegang polisi jika mereka didiagnosis dengan penyakit kritikal yang tersenarai dalam polisi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.prudential.com.my untuk pelbagai produk perubatan kami. Anda juga boleh menghubungi Perancang Kewangan Prudential anda, atau Wakil Bank/Prudential. Mereka akan membantu menentukan pelan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.
Baca lagi

Apakah yang harus saya lakukan jika saya dimasukkan ke hospital?

Kemudahan Perkhidmatan Pakatan Hospital (Hospital Alliance Services atau HAS) kami ialah perkhidmatan bertambah nilai untuk pengurusan tuntutan insurans pemegang polisi perubatan tanpa caj tambahan. Berikut ialah manfaat perkhidmatan ini dan caranya berfungsi: Video Khas:
Baca lagi

Apakah itu Jadual Tambahan?

Jadual Tambahan yang anda terima mengandungi butiran semakan semula dan ringkasan caj insurans yang diunjurkan. Jadual ini merupakan sebahagian daripada Polisi sedia ada anda pada tarikh berkuatkuasa yang dinyatakan dan penggantian peruntukan dalam jadual sedia ada. Adalah penting untuk anda mengambil perhatian jika terdapat perubahan dalam bahagian Polisi berhubung dengan peruntukan Jadual Tambahan selepas tarikh berkuatkuasa Jadual Tambahan. Walau bagaimanapun, sebelum tarikh ulang tahun polisi anda, peruntukan dalam Jadual Tambahan ini tidak akan terpakai.
Baca lagi

Apakah maksud Deduktibel?

Deduktibel ialah amaun tetap yang anda keluarkan sendiri untuk perbelanjaan perubatan sebelum pembayaran dibuat oleh pelan insurans perubatan dan kesihatan anda. Sekiranya amaun Deduktibel ialah RM300, anda perlu membayar amaun tetap RM300 daripada jumlah perbelanjaan di bawah perlindungan polisi anda dalam kejadian kurang upaya (kecuali kos bilik & penginapan hospital harian). Manfaat selebihnya yang layak akan dibayar oleh Prudential sehingga had tahunan dan had seumur hidup, tertakluk pada caj-caj munasabah dan lazim. Sila rujuk dokumen polisi anda untuk butiran lanjut.
Baca lagi

Berapa kerapkah harus saya menilai semula polisi? Mengapa?

Kami menggalakkan anda untuk membuat penilaian semula ke atas perlindungan insurans sekurang-kurangnya satu kali setahun. Ini kerana sepanjang kehidupan anda, keperluan dan keutamaan anda mungkin berubah mengikut masa. Tambahan pula, dengan peningkatan kos penjagaan kesihatan yang melebihi inflasi secara konsisten, adalah lebih penting untuk memastikan anda sentiasa diinsuranskan secukupnya.
Baca lagi

Lihat kategori lain

Semakan Pelan Perubatan

Lihat semua

Kesan Terhadap Polisi & Bayaran

Lihat semua

Tidak jumpa jawapan yang dicari?

Hubungi kami di 03-2771 2450 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di customer.mys@prudential.com.my