Kembali
Jawapan

Perlindungan Payor (jika terpakai) akan meningkat dengan sepadan dan caj insurans tambahan akan ditolak daripada nilai akaun anda.

Lihat soalan lain

Apakah itu Payor rider?

Payor rider ialah rider pilihan di mana premium polisi masa hadapan anda (secara keseluruhan atau sebahagian) akan dibayar oleh Prudential jika berlaku apa-apa kejadian yang boleh dituntut seperti yang dinyatakan dalam dokumen polisi anda.
Baca lagi

Adakah premium untuk polisi di bawah status Payor akan berubah?

Premium polisi tidak akan berubah. Hanya caj insurans akan disemak semula. Namun, dengan peningkatan caj insurans, premium tahunan anda yang dibiayai (sepenuhnya atau separa) oleh Prudential mungkin tidak mencukupi untuk menampung caj insurans tambahan pada tahun-tahun berikutnya. Oleh itu, anda digalakkan untuk membuat tokokan (PRUSaver) berkala dengan amaun yang disyorkan dalam surat makluman untuk menampung caj insurans tambahan.
Baca lagi

Mengapakah pelan perubatan saya tetap tertakluk pada penyemakan semula premium walaupun polisi saya di bawah status Payor? Bukankah premium telah dibayar oleh Prudential?

Rider perubatan dan Payor rider adalah dua rider berbeza yang memberikan perlindungan yang berlainan. Apabila polisi berada di bawah status Payor, Payor rider telah dituntut. Perlindungan perubatan masih efektif dan tertakluk pada caj insurans baharu, tetapi premium akan dikekalkan.
Baca lagi

Bagaimana jika saya tidak membayar tokokan premium (PRUSaver) berkala yang disyorkan?

Kami menggalakkan anda membuat tokokan (PRUSaver) berkala, walaupun tidak wajib. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kemanpanan polisi insurans anda mungkin akan terjejas dan polisi anda mungkin akan luput lebih awal daripada tarikh yang dijangka.
Baca lagi

Bilakah caj insurans akan meningkat jika polisi di bawah status Payor?

Untuk polisi di bawah status Payor, caj insurans akan meningkat berkuatkuasa mulai tarikh ulang tahun polisi, tetapi premium akan dikekalkan.
Baca lagi

Bagaimanakah penyemakan semula ini akan menjejas pilihan pembayaran semasa saya?

Pilihan pembayaran semasa anda tidak akan berubah. Namun, jika anda membayar premium melalui Debit Terus (dengan had amaun transaksi), anda perlu melengkapkan dan menghantar salinan asal Borang Arahan Pembayaran Perkhidmatan Debit Terus, berserta salinan Kad Pengenalan atau Pasport pemegang akaun untuk pemotongan premium baharu daripada akaun bank anda. Nota: – Jika anda menggunakan akaun bank berikut, pengesahan tandatangan perlu dibuat di bank sebelum menghantar borang kepada Prudential: 1. Bank Simpanan Nasional 2. CIMB Bank Berhad 3. Public Bank Berhad 4. RHB Bank Berhad Untuk polisi di bawah status Payor, tiada tindakan lanjut diperlukan. Namun, memandangkan caj insurans meningkat, anda digalakkan untuk membuat tokokan premium (PRUSaver) berkala seperti yang disyorkan dalam surat makluman.
Baca lagi

Untuk polisi di bawah Debit Terus dengan had amaun transaksi, apakah akan berlaku pada premium jika saya tidak menghantar Borang Debit Terus baharu?

Untuk polisi di bawah Debit Terus dengan had amaun transaksi, premium akan disemak semula secara automatik setibanya tarikh berkuat kuasa premium baharu. Jika anda tidak menghantar Borang Arahan Pembayaran Perkhidmatan Debit Terus setepat waktunya, premium baharu yang disemak semula akan ditolak oleh bank kerana permintaan amaun melebihi had amaun transaksi. Jika anda menggunakan Debit Terus dengan had amaun transaksi, anda digalakkan untuk menghantar borang baharu, berserta salinan Kad Pengenalan atau Pasport pemegang akaun untuk memastikan anda mendapat perlindungan perubatan jangka panjang secara berterusan.
Baca lagi

Bagaimanakah Prudential boleh memudahkan proses ini untuk saya jika saya menggunakan Debit Terus dengan had amaun transaksi?

Borang Arahan Pembayaran Perkhidmatan Debit Terus tersedia dalam Pek Surat Makluman, Selain itu, SMS akan dihantar kepada anda sebagai peringatan untuk menghantar Borang Arahan Pembayaran Perkhidmatan Debit Terus. Sebagai alternatif, anda boleh mempertimbangkan untuk mendaftar untuk pembayaran kad kredit atau debit melalui portal web pelanggan kami di https://pruaccessplus.prudential.com.my.
Baca lagi

Jika polisi saya sedang dalam proses tuntutan kecil (Kemalangan, Rawatan Hospital, manfaat Peringkat Kehidupan), bilakah caj insurans dan premium akan meningkat?

Untuk polisi di bawah tuntutan kecil, caj insurans dan premium untuk pelan perubatan masih akan meningkat. Caj insurans akan meningkat mulai ulang tahun polisi manakala premium akan meningkat mulai Tarikh Akhir Premium Berikutnya.
Baca lagi

Jika saya telah membayar premium terlebih dahulu, adakah saya perlu membayar perbezaan premium?

Anda tidak perlu membayar perbezaan premium. Namun, caj insurans akan meningkat. Anda perlu semak semula kelestarian polisi dari semasa ke semasa untuk mengelakkan polisi luput. Anda digalakkan untuk membuat tokokan premium tunggal supaya caj insurans dapat dibiayai dalam jangka masa panjang.
Baca lagi

Lihat kategori lain

Semakan Pelan Perubatan

Lihat semua

Insurans 101

Lihat semua

Tidak jumpa jawapan yang dicari?

Hubungi kami di 03-2771 2450 (Isnin-Jumaat, 8.30pg – 5.15ptg, kecuali Cuti Umum) atau e-mel kami di customer.mys@prudential.com.my